about me???

Allahughayatuna; Nasrullah; Taufik,hidayah wa inayah; Zikrullah (ANTZ) http://hazu24.blog.friendster.com/?p=271

i’m moving

Filed under: personal — hazu24 at 8:52 am on Tuesday, February 17, 2009

InsyaAllah akan berpindah rumah bukan rumah betul tapi rumah virtual. hehehe. just create a new blog. harap dapat lebih memanfaatkan blog ini sebaik mungkin. nak cuba meninggalkan karat2 jahiliyah di blog ini. dah ada buang pun certain entry tapi macam penat la nak edit semua. jadi bercadang untuk berpindah ke tempat lain. feel free to visit..

http://langkah-demi-langkah.blogspot.com/

blog friendster ni dibina untuk diri sendiri. harapnya blog yang baru ni dapat bermanfaat pada orang lain, juga pada diri sendiri. masih tak pandai nak bermain2 dengan blog, insyaAllah akan cuba buat perubahan sedikit demi sedikit pada blog tersebut.

bilakah mahu berakhir??

Filed under: berita, peringatan — hazu24 at 8:54 am on Thursday, January 15, 2009

“Israeli Report: 27 Israelis killed by Palestinian rockets from 2005 till now”
Meanwhile, more than a thousand Palestinians killed in 19 days by Israeli deadly rockets! http://gazatoday.blogspot.com

Malapetaka apakah ini??

Kalau sekarang baru kau tahu sahabatku..

Ayuh..aku beritakan..

Ini bukan peristiwa 3minggu atau 4 minggu kebelakangan ini..

Ini keadaan  yang sudah 60tahun lamanya bermula..

Penyeksaan sudah berterusan untuk 3 generasi..

Bolehjadi, yang syahid ini,

Adalah mereka yang tidak pernah mendiami kampung halaman sendiri..

Seumur hidup sebagai pelarian…

Sahabat..mereka ini tidak mati sia-sia..

Syurga menanti di depan mata..

Yang lebih penting,

Tanyakan pada dirimu sendiri..

Apa yang telah kau lakukan untuk saudara seagamamu ini??

Kalau masih asyik berkata kasihan..kasihan..pada mereka..

Maka sudah tiba saatnya berkata kasihan pada dirimu sendiri..

Bangkit dari ketidaktahuanmu yang panjang itu..

Pergilah mendengar kisah-kisah sejarah umat terdahulu..

Dalami agama yang kau anuti sejak lahir itu

Dalami sejarah Palestin itu..agar kau tidak hanya tahu berkata Kasihan..

Agar akhirnya kau tahu menyumbang sesuatu untuk mereka..

Untuk umat ini….

http://iniceritakita.wordpress.com

di saat kita bergembira di sini, ada yang merana di sana. masih lagi kedengaran ayat-ayat seperti “buat apa la sibuk-sibuk boikot. bukannya ada hasil pun”, “buat apa la buat bantahan besar-besaran, buat menyemak jalan raya aje”. mahukah engkau aku campakkan ke sana bagi menyedarkan dirimu keadaan di sana? sampai bila lagi dirimu mahu sedar bahawa hidup ini hanya senda-gurau dan mainan. ia hanya sementara sahaja.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: “Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM.” Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. “Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009
Saban hari sedih mengenangkan nasib umat. saban hari berfikir masih ramai yang perlu disedarkan. saban hari berfikir, sudah cukupkah usahaku selama ini? saban hari terfikir, diterimakah usahaku setelah ditolak sifat2 mazmumah yang ada. Ya Allah, janganlah Kau matikan kami dalam keadaan hati kami tertutup terhadap agama-Mu.

Inilah usahaku…

Filed under: berita, iklan, peringatan — hazu24 at 9:33 am on Monday, January 12, 2009  Tagged ,
 

Tunang

Filed under: membebel, personal — hazu24 at 10:41 am on Thursday, January 8, 2009

Hari tu ada berborak-borak dengan teman yang dah lama tak berjumpa. Pastu terkeluar cerita ada yang bertunang tak beritahu. Tapi yang aku faham memang kalau bertunang tak perlu beritahu. Kalau nikah tu lainla. Memang Rasulullah suruh beritahu dengan mengadakan walimah.

 

Pastu ada yang kata, eh kena beritahu. Nanti orang amik. Rasanya semua tu dah dalam pengetahuan Allah. Kalau kita beritahu semua orang pun tapi dah ditentukan dia bukan untuk kita, tetap takkan dapat bersama. Tunang tu pun tidak menghalalkan apa-apa yang haram pun. Sekadar perjanjian antara dua keluarga.

 

Baru-baru ni mak ada kata, ada seorang saudara aku tu dah nak putus tunang sebab tak sefahaman. Aku pun dengan terkejutnya, eh, dia dah tunang ke? Mak kata, haah, dia tunang takde ajak siapa pun. Just bincang antara dua family. Tunang ni tak perlu pun nak beritahu/ajak yang lain.

 

Betul juga kan. Lagipun tunang tu belum confirm jadi. Pelik juga tengok orang sekarang yang masa majlis bertunang siap ada gambar berdua dekat2. siap ada peluk2 bahu. Dan familynya pula tak tegur ke? Bukan ke belum sah. Dan sangat-sangat tak faham orang yang letak gambar berdua kat kad kawin tu dengan bermacam2 gaya. Tak terasa macam membuka aib sendiri ke? kad tu bukan nak bagi kat kawan-kawan aje kan. mestila ada bagi saudara-mara, kawan2 mak ayah, orang 2 surau. mesti malu kan (ke tak??).

 

Salah satu tanda-tanda kiamat ialah bila manusia berbangga-bangga dengan dosa sendiri. Mungkin sebab tu tak rasa segan kot. Nak menuju ke satu tempat yang baik tapi tengah-tengah tu boleh pulak buat sesuatu yang tak elok. Macam orang nak pergi masjid, on the way tu singgah jap night club pastu baru pegi masjid. Kalau ternampak orang buat camtu apa pandangan kita ye?

 

Semoga dijauhkan dari fitnah dunia….

Palestine

Filed under: berita, peringatan — hazu24 at 1:31 pm on Wednesday, January 7, 2009

KITA BERTANYA.

Apa yang mampu kita buat?

KITA BERKATA.

Kita hanya mampu berdoa.

LUPAKAH KITA?

Allah SWT telah memberi kita rezeki internet. Carilah! Lihatlah, dengarlah, rasalah kesakitan saudara kita. Daging mereka dilapah oleh yahudi laknatullah. Teroponglah alam maya info tentang keadaan di Palestine. Sebarlah kepada sahabat kita yang masih tidur.. Gunalah segala kemudahan ym, yahoogroups, friendster, facebook, youtube..

Allah SWT telah memberi kita rezeki kerja dan not kertas tetap bulanan. Kerjalah! Gunalah kertas itu untuk saudara kita. Tak tahu menyumbang bagaimana? Nah, silakan klik

Allah SWT telah memberi kita rezeki suara. Bercakaplah! Beritahulah kepada sahabat kita di kawasan masing-masing. Kumpulkanlah mereka, sampaikanlah pada mereka bahawa janji Allah itu benar, semaikanlah bahawa mereka masih belum cukup beriman sekiranya masih tidak menyayangi sesama muslim.

Allah SWT telah memberi kitarezeki handphone. Gunalah! Berilah message dan mel kepada sahabat-sahabat masing-masing tentang keadaan saudara muslim kita di Palestine. Khabarkan keadaan Palestine pada setiap saat, setiap detik. Sampaikan pada sahabat kita.. bahawa tidur mereka dalam dosa sekiranya mereka masih tidak resah tentang keadaan saudara mereka.

Allah SWT telah memberi kita rezeki makanan dan pakaian yang sangat banyak. Gunalah mana yang ada! Boikotlah barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

Allah SWT memberi kita rezeki blog. Tulislah, taiplah! Sampaikanlah peringatan pada sahabat kita.. walau hanya memakan ruang 10cm dalam blog kita. Tiada blog? Buatlah akaun wordpress, blogspot..

Allah SWT memberi kita rezeki hati. Gunalah untuk berdoa pada umat Islam di seluruh dunia, juga doa kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di lokaliti masing-masing. Bangunlah pada minit-minit malam! Munajatlah pada Allah SWT, bacalah qunut naziilah, mohonlah kekuatan pada muslimin..

 

 

Dapat benda di atas tu dari sebuah blog. Sangat terkesan dengan isinya. Kita diberikan banyak rezeki oleh Allah tapi sebanyak mana yang kita gunakan dengan sebaiknya. Ada yang kata, kalau kita boikot pun bukan company tu bankrap. Betul, sebab masih ramai orang bukan Islam yang menyokong dan juga masih ramai umat Islam sendiri yang tidak mengambil peduli nasib saudaranya. Tapi usaha yang sedikit itu mungkin menyelamatkan kita di akhirat sana.

 

Ok. Kita pikir secara individualistic sket sebab sekarang ni ramai yang mengamalkan benda ni. Kalau tak fikir untuk orang lain fikir lah yang amalan kita walaupun kecil akan dihitung seorang demi seorang. Yes, kita memang individual di sana.

 

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya dan mereka mendirikan sembahyang. Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allahlah kembali(mu). (Surah Faathir:18)

 

Jadi sebenarnya apa-apa yang kita buat pun adalah untuk diri kita sendiri. Kita hormat ibu bapa? Sebab Allah suruh, dan amalan itu dikira oleh Allah untuk diri kita. Bila kita didik anak menjadi soleh/solehah, itupun adalah untuk diri kita sebenarnya. Sebab Allah kira amalan kita didik dia tu dan anak2 tu la yang akan doakan kita bila kita mati nanti. Buat baik dengan orang pun Allah kira pahala tu sebagai pahala kita.

 

Jadi marilah kita bersifat individu dan mencari pahala supaya boleh menyelamatkan kita nanti. Kalau pun hati dah tersangat keras sampai tak terasa bila melihat saudara kita yang di sana berjuang bermati-matian, kalaupun air mata kita mahal bila mendengar nasib saudara kita di sana tapi buatlah sesuatu untuk diri kita sendiri. Islam itu indah. Allah dah tau kita ni memang suka bersikap individu jadi dia bagi ganjaran ikut individu, tapi untuk dapat ganjaran tu kena buat amal yang berkaitan dengan orang lain. Baiknya Allah…

 

 

Kisah menarik

Filed under: cerita, peringatan — hazu24 at 10:51 am on Monday, December 22, 2008

Oh My God

A : bapa aku Kristian, mak aku Buddha tapi aku memang tak percaya Tuhan

B : pernah cakap Oh my God tak?

A : pernah

B : kata tak percaya Tuhan. Tuhan mana yang kau seru tu?

A(dengan muka berkerut-kerut) : well depends…

 

Kepercayaan sejak lahir

A : ko percaya Allah sbb itu yang ko belajar dari ko lahir. Kalo kami belajar benda yang sama sejak kami lahir, Kitorang akan percaya Allah jugak, Tp sejauh mana kebenarannya?’.

B: Ok kawan, kalo camtu camne kamu mengatakan udara itu wujud?

A: sebab belajar dan memahami ciri2 udara menyebabkan kita percaya kepada udara.

B: sama macam saya, saya belajar dan fahami sifat-sifat Allah dan lihat bukti kebesarannya. Kalau tak belajar macam mana nak faham dan percaya kan.

 

 

3 questions

There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 Questions. Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?

Scholar: I am one of Allah (swt) ’s slaves and Insa-Allah (God willing), I will be able to answer your questions.

Young man: Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.

Scholar: I will try my best, with the help of Allah (swt)

Young Man: I have 3 questions:

1. Does God exist? If so, show me His shape.

2. What is thaqdir (fate)?

3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Shaitan Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?

 

Suddenly, the Scholar slapped the young man’s face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry at me?

Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.

Young Man: I really don’t understand.

Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: Of course, I felt the pain.

Scholar: So do you believe that pain exists?

Young Man: Yes.

Scholar: Show me the shape of the pain!

Young Man: I cannot.

Scholar: That is my first answer. All of us feel God’s existence without being able to see His shape… Last night, did you dream that you will be slapped by me?

Young Man: No.

Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?

Young Man: No.

Scholar: That is takdir (fate) my second answer…….. My hand that I used to slap you, what is it created from?

Young Man: It is created from flesh.

Scholar: How about your face, what is it created from?

Young Man: Flesh.

Scholar: How do you feel after I slapped you?

Young Man: In pain.

Scholar: That’s it. this is my third answer, Even though Shaitan(Devil) and also the hell were created from the fire if Allah (swt) wants, insha-Allah (swt) (God willing) the hell will become a very painful place for Shaitan.

 

Does God exist?

A man went to the barbershop to have his hair and his beard cut. They started to have a conversation and talked about many things. Soon, they touched upon the subject of existence of God.

The barber said: “Look, I don’t believe that God exists.”

“Why do you say so?” - Asked the man.

“Well, one just has to go out in the world and will soon realize that God does not exist. If God did exist, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If He did exist, there would be no suffering in this world. I just can’t think of a God who permits all of these things.”

 

The man stopped for a moment but did not respond. The barber finished his job and the man left the salon. As he walked back home, he saw an elderly person in the street with long hair and untrimmed beard.

 

The man went back to the barber shop and said to the barber: “BARBERS DO NOT
EXIST!”

“I am a barber and exist right in front of you.” Replied the barber.

“No!” - exclaimed the client. “Barbers simply don’t exist. If they did exist, there would be no people with long hair and un-trimmed beard in the streets.”

The barber replied: “Ah, we barbers do exist. It’s the people who do not come to us.”

“Exactly!” - affirmed the man. “That’s just the point. God does exist. It’s the people who don’t go to Him and do not look for Him and as a result we have all this misery in the world.”

iman semut vs iman manusia

Filed under: cerita, peringatan — hazu24 at 11:12 am on Friday, December 19, 2008

IMAN SEMUT…
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
“Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.Semut pun menjawab:
“Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
“Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
“Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
“Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.Jawab semut:
“Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
“Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.
Jawab Imam Suffian:
” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.
Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: ” ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.

A.N.T.Z

Filed under: peringatan, personal — hazu24 at 1:47 pm on Thursday, December 18, 2008

Tajuk di atas adalah nama kumpulan aku masa pegi camping ari tu. Pikir punya pikir nak letak nama apa pastu ada sorang cadangkan semut. Sebab semut ni banyak ciri-ciri yang boleh dicontohi. Rajin, bersatu-padu, sentiasa bersedia dan macam-macam lagi la. Pastu ada pulak yang cadangkan buat dalam bahasa inggeris jadi ant. Dalam Quran pun ada satu surah nama semut(An-Namlu) menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan semut. Semalam pula ada terbaca satu blog iman semut vs iman manusia tapi dah tak jumpa pulak blog tu. Nanti la paste lain. Pastu datang pula idea dalam kepala ni nak buat macam slogan.

 

Jadi aku pun mencadangkan :

A : Allahu ghayatuna

N : Nasrullah

T : Taufik wal hidayah

Z : Zikrullah

Dan aku sangat suka dengan cadangan sendiri ni(macam perasan tak?) dan semoga aku betul-betul dapat laksanakan slogan ni dalam hidup aku dan beriman dengannya sepenuh hati. Meh nak explain satu-satu.

 

Allahu ghayatuna (Allah matlamat kami)

Tak sure matlamat kami ke saya. Maaflah tak berapa tahu sangat bahasa arab. Tapi apa-apa pun yes, Allah matlamat kita. Matlamat yang paling besar sekali. Melebihi matlamat kepada syurga. Pernah dengar ada hadith yang kata ada orang-orang tertentu akan jumpa Allah di hari akhirat ataupun semua orang yang masuk syurga dapat berjumpa Penciptanya. Tapi tak pasti sebab tak jumpa cari hadith tu. Tapi siapalah yang tak nak jumpa Raja segala raja, Pencipta segala pencipta dan Yang Maha Hebat di antara yang hebat.

 

Analoginya macam ni…aku ni orang yang kerdil yang takde sape pun kenal tiba-tiba ada orang yang sangat aku puja kata nak jumpa. Mestilah happy kan. Kalau ikut orang sekarang ni kalau ada peraduan dapat jumpa artis berpuluh ribu borang yang dihantar mengharap supaya dalam ribu-ribu yang dihantar tu borangnya akan diterima dan dia dapat jumpa artis tersebut. Pastu bila dapat jumpa pulak rasa macam tak percaya, macam nak pengsan pun ada(siap ada yang pengsan pun kan). Itu baru artis (yang banyak dosa terang-terangannya yang kita boleh nampak) yang kita tak dapat apa-apa manfaat pun bila jumpa dia. Macam undi Mawi tu, ada ke dia bagi korang pinjam kereta yang dia dapat? Atau bagi sket duit kat korang hasil korang hantar sms banyak-banyak tu? Memanglah kita kena bantu orang secara ikhlas tapi Bantu dalam hal kebaikan ye, bukan kemungkaran dan kemaksiatan. Mawi tu tak boleh pun tolong kita masa kat akhirat nanti.

 

Nasrullah (Pertolongan Allah)

Seperti yang dapat difahami dari tafsir surah an-nasr, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Dan Allah membantu mereka yang menolong agama Allah. Bukan bermakna Allah perlukan kita, dia tak perlukan pun kita untuk bantu agama dia tau tapi dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu dia nak kasi juga pahala kat kita.

 

Kalau tengok masa kisah tentera Abraham nak serang Mekah dulu boleh nampak jelas yang Allah tak perlukan sesiapa pun untuk bantu dia. Orang Quraisy masa tu dihalau keluar oleh Allah dengan mencampakkan rasa takut pada hati mereka. Jadi Allah tu memang tak perlukan kita pun sebaliknya kita yang perlukan Allah. Kalau kita tak nak bantu Allah, Allah akan ganti dengan ramai lagi orang yang lebih baik. Tapi takkanlah kita nak sia-siakan peluang yang Allah dah bagi. Mungkin ramai orang yang tak nampak atau tak rasa pertolongan Allah tu sebab dia rasa bila Allah bagi kesenangan, kegembiraan tu baru maksud Allah tolong. Tapi bila Allah bagi ujian sikit tu maknanya Allah tak tolong, tak sayang.

 

Rasa kalau siapa yang ada anak tentu fahamkan. Takkan la seorang ibu tu nak marah anak dia saja-saja. Kalau buat salah kena la ditegur dan didenda. Cuma cara Allah menegur tu takde la sama macam cara kita. Sebab cara Allah penuh hikmah hanya untuk mereka yang berfikir.

 

Taufik wal hidayah

Macam yang dah ditukar kat atas blog ni, aku dah tambah inayah. Sbb 3 benda ni mmg berkait rapat. Hidayah…ramai orang yang kata dia tak dapat hidayah lagi. Sedangkan dia tak faham pun apa maksud hidayah tu. Hidayah tu bila kita tau tentang sesuatu, itu adalah hidayah. Contoh kita tau yang pakai tudung tu wajib. Jadi takde alasan untuk kata tak dapat hidayah untuk pakai tudung sedangkan hidayah tu dia dah dapat.

 

Lain pulak dengan taufik. Taufik tu bila kita buat baru boleh kata diberi taufik. Maksudnya kalau contoh di atas bila kita mula pakai tudung baru boleh kata yang telah diberi taufik. Inayah(penjagaan Allah) pula bila kita istiqamah(berterusan) dalam buat sesuatu. Contoh; terus pakai tudung hingga akhir hayat. Ni contoh yang paling simple la tapi rasa semua pun dah tau yang pakai tudung tu bukan untuk tutup rambut sahaja tapi ada diterangkan cara menutup aurat yang betul.

Tapi ketiga-ketiga benda ni takkan dating bergolek. Ia perlukan usaha. Kalau orang tu memang dari kecik dia tak tau pun yang sembahyang tu wajib, dia tak pernah dengar langsung ada sorang pun sebut kat dia dan tak pernah pun baca quran. Mungkin dia belum berusaha mencari tentang benda tu. Al-Quran tu kan guide untuk hidup kita. Semua benda ada dalam tu. Usahalah baca dan memahami. Kalau tak boleh nak faham, cubalah cari ustaz/ustazah untuk mendalami ilmu. Sebab mendalami ilmu agama tu wajib. Bukan cukup sekadar belajar sekolah agama di sekolah rendah. Tapi ianya berterusan hingga akhir hayat. Kalau ayat quran tu tak paham lagi setiap satunya tu, jangan cakapla dah complete belajar agama. Dan kalau dah abis belajar semua tapi tak amal jangan cakapla dah lengkap belajar agama. (Ganas tak ayat. huhuhu)

 

Zikrullah(Mengingati Allah)

Macam ada tulis kat entry sebelum ni (Surah Al-Imran:190-191), Allah suruh kita ingat dia sepanjang siang dan malam, dalam keadaan macam mana pun.

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,ALLAH s.w.t berfirman:Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan,maka Aku dekati dia dengan berlari.

Subhanallah. Maha Pemurahnya Allah ni. Meh nak bagi analogi(suka betul buat analogi). Katakanlah kita ni orang yang miskin, yang memang takde sape la pun kenal dan ingat tiba-tiba Agong atau PM ingat kat kita. Dan dia pun dok sebut-sebut la nama kita depan menteri-menteri. Dah kalau disebut nama takkan la menteri nak duduk diam kan. Mestila akan cuba juga bantu kita yang miskin ni. Takkan la kita tak nak camtu kan. Tapi realitinya manusia ni kalau kita tak bagitau yang kita ingat kat dia, dia takkan tau. Tapi berbeza dengan Allah, kalau kita ingat dalam hati ke masa sorang-sorang ke semua pun Allah tau. Dan bila usaha dekatkan diri pada Dia, Dia pegi lagi dekat dengan kita.

 

Dalil ni pun boleh guna jugak untuk hidayah, taufiq dan inayah tadi. Bila kita usaha mencapai tiga-tiga tu Allah akan permudahkan dan bantu kita mendapatkan benda tu.

 

Harapnya aku dapat terus menjadikan ia motto hidupku dan mengamal serta meyakininya sepenuh hati.

Masa yang berlalu pantas @ kita yang terleka hingga ditinggalkan masa…

Filed under: peringatan — hazu24 at 7:51 pm on Tuesday, December 16, 2008  Tagged

Terbaca tajuk ni di suatu blog dan membuatkan diri ini terfikir. Kita selalu cakap, rasa macam kejap je, dah…bla..bla..bla.. tapi sebenarnya sejauh mana kita memanfaatkan masa yang ada. Dalam blog tersebut ada ditulis kalau kita matikan jam pun masa tetap akan berlalu. Sebab bukan jam yang menentukan masa sebaliknya jam itu sekadar penunjuk masa.

 

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan berpesam-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada  kesabaran.” Surah Al-asr

 

Dalam masa satu hari berapa banyak masa yang aku manfaatkan agaknya? Dalam 24 jam berapa lama aku ingat Allah? Sebanyak mana kerja yang aku buat dalam satu hari adalah kerana Allah?

 

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (Surah Al-Imran:190-191)

 

Allah suruh kita ingat dia. Dalam siang atau malam. Dalam berdiri, duduk atau baring. Maknanya dalam setiap keadaan la kan. Setiap masa patutnya hanya Allah dalam hati kita. Tiba-tiba dah kerja sebulan lebih. Tiba-tiba? Ada ke sesuatu yang tiba-tiba dalam dunia ni. Bukan ke semua benda dah dalam pengetahuan Allah. Dah tentu ianya bukan tiba-tiba tapi bagi kita yang tidak mengetahui tentulah ia tiba-tiba terjadi. Dan bila kita manfaatkan masa sepenuhnya tentulah kita tak rasa yang masa itu berlalu tiba-tiba sahaja.

 

Dalam masa sebulan berapa banyak benda yang kita dah buat? Berapa banyak benda yang kita dicapai? Kalau jawapan bagi dua persoalan di atas masih kosong nampaknya banyak betul masa yang kita terbuang. Bayangkan sebulan ada 30 hari, takkan sekadar makan, tidur, kerja, pegi jalan? Dan dalam 30 hari tu takkan pencapaian kita sekadar dapat kenyang, dapat barang baru dan kita dah berpuas hati dengan itu. Tak ke kalau disimpulkan samalah kita dengan kanak-kanak yang masih belum baligh? Yang paling belum dapat membezakan yang mana betul atau tidak?

 

Teringat masa kecik-kecik dulu pernah main masak-masak, main kawin-kawin, pastu pergi keje, pastu ada anak. Bila bosan dah malas nak main. Bezanya, bila dah besar masak makanan yang boleh dimakan. Pergi keje ada bos dan kena ikut arahan. Bila kawin, mengandung dan melahirkan anak tak boleh dibuang begitu saja bila dah bosan bermain. Dan bezanya lagi kita terpaksa ulang benda yang sama setiap hari sampailah kita mati walaupun dah bosan bermain. Lalu, bukankah tak banyak beza dengan permainan kanak-kanak yang kita main dulu?

 

Ah, malunya diri ini disamakan dengan kanak-kanak yang masih mentah. Lalu apa kerja dan pencapaian aku dalam masa sehari atau seminggu atau sebulan? Apa amalan aku yang dapat aku banggakan bila screen dibuka dan segala amalanku tersiar di hadapan semua makhluk di sana nanti? Tak malu ke aku bila amalanku sepanjang minggu sama seperti anak buahku yang berusia 2 dan 4 tahun? Ah, aku perlu lebih berusaha lagi. Aku tak mahu disamakan dengan kanak-kanak kecil. Aku tak mahu amalanku tidak bermakna dan tidak dapat membantuku di sana nanti. Ah, sukarnya menjaga hati, sukarnya menjaga niat…

wanita bebas vs muslimah

Filed under: peringatan — hazu24 at 6:45 pm on Monday, December 15, 2008  Tagged , ,

Antara Dua Wanita

Completely copy and paste from iniceritakita. harap-harap tak kena marah. hehehe. boleh juga promosi kan. bukan promosi website tapi promosi Islam. sebab Islam kan produk yang paling laris dan terbaik. bukan dengan duit tapi dengan iman dan jiwa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.(Surah at-Taubah, 9:111)

 

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untukmemperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakanpakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah,bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkanseorang teman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’,menari, mendengar muzik, ke pawagam menonton wayang gambar dan siaranTV, bersukan dan membaca buku-buku hiburan serta pornografi. Adalah menjadi kebiasaan baginyauntuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugasmenjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yangada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmatikemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.Bagi wanita ‘bebas’ katalog industri pelancongan amat menarikperhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong keBahamas, Las Vegas atau Acapulco.

 

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya. Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga serta kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

-Al mu’minah al Solehah-

Next Page »