about me???

Allahughayatuna; Nasrullah; Taufik,hidayah wa inayah; Zikrullah (ANTZ) http://hazu24.blog.friendster.com/?p=271

wanita bebas vs muslimah

Filed under: peringatan — hazu24 at 6:45 pm on Monday, December 15, 2008  Tagged , ,

Antara Dua Wanita

Completely copy and paste from iniceritakita. harap-harap tak kena marah. hehehe. boleh juga promosi kan. bukan promosi website tapi promosi Islam. sebab Islam kan produk yang paling laris dan terbaik. bukan dengan duit tapi dengan iman dan jiwa.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.(Surah at-Taubah, 9:111)

 

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untukmemperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakanpakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah,bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkanseorang teman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’,menari, mendengar muzik, ke pawagam menonton wayang gambar dan siaranTV, bersukan dan membaca buku-buku hiburan serta pornografi. Adalah menjadi kebiasaan baginyauntuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugasmenjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yangada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmatikemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.Bagi wanita ‘bebas’ katalog industri pelancongan amat menarikperhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong keBahamas, Las Vegas atau Acapulco.

 

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya. Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga serta kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

-Al mu’minah al Solehah-



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>